KWONG WAH YIT POH (7.3.2014 - HARI JUMAAT)
YB WONG HONG WAI:
BATU KAWAN ‘TERBANG’
BANDAR CASSIA AKAN MENYAMBUT RUMAH MAMPU MILIK PADA 2
TAHUN KEMUDIAN
Selepas Jambatan Sultan Abdul Halim
dibuka, Batu Kawan bersedia untuk ‘terbang’, pembinaan rumah mampu milik Fasa
Pertama di Bandar Cassia dijangka akan siap pada awal tahun 2016 dan tempat
tersebut tidak lagi terpencil pada masa itu.
Mengikut pandangan kebanyakan orang,
Batu Kawan merupakan ‘tempat yang luas dan orang tidak ramai’ iaitu tempat yang
tidak dikenali oleh orang ramai dan berpendapat bahawa Batu Kawan adalah
terpencil, dan digelar sebagai kawasan “burung tidak bertelur”. Pada tahun 2011, Kerajaan Pakatan Pulau
Pinang telah mencadangkan untuk membina rumah mampu milik di kawasan tersebut.
Pada masa itu, Ketua Menteri Pulau Pinag YB Tuan Lim Guan Eng mencadangkan
konsep untuk mewujudkan “ruang hijau” dan rumah mampu milik yang berkualiti di
Malaysia.
Walau bagaimanapun, selepas promosi
rancangan pembangunan tersebut, ianya telah menjadi sasaran para pemimpin parti
pembangkang yang menyatakan bahawa Batu Kawan tiada peluang pekerjaan, tidak
sesuai untuk pembinaan rumah mampu milik, menekankan keperluan yang lebih untuk
membina rumah pangsa kos sederhana rendah di Pulau Pinang daripada kawasan Batu
Kawan.
YB Wong Hong Wai: Rancangan
Fasa Pertama Untuk 520 Unit
Pemberita akhbar di bawah bimbingan
Pengerusi PDC Properties Sdn Bhd YB Wong
Hong Wai, telah memeriksa rancangan rumah mampu milik di Bandar Cassia pada
hari Rabu. YB Wong Hon Wai berkeyakinan bahawa Batu Kawan pastinya akan muncul
menjadi sayap bandar-bandar baru dalam beberapa tahun yang akan datang.
YB Wong Hong Wai menyatakan bahawa rancangan
fasa pertama perumahan Bandar Cassia di Batu Kawan mempunyai 3 blok rumah
pangsa yang mempunyai 520 unit, di mana ianya merangkumi rumah pangsa kos
sederhana rendah yang keluasannya 800 kaki persegi, rumah pangsa kos sederhana
yang keluasannya 900 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi. Rancangan pembangunan
tersebut kini telah giat dijalankan.
“Pembinaan rumah pangsa fasa pertama
telah bermula pada bulan Disember tahun lepas, kini ianya adalah dalam
peringkat cerucuk, dan dijangka akan siap pada awal tahun”
Beliau berkata, harga jualan rumah mampu
milik adalah di antara RM72,500, RM168,000 dan RM220,000, merupakan harga yang mampu
dan juga “rumah” yang boleh ditanggung dan dimiliki oleh rakyat. Rumah mampu milik Bandar Cassia akan
disiapkan dalam 5 Fasa. PDC juga menjangka bahawa akan menyiapkan projek rumah
mampu milik di Batu Kawan yang merangkumi 108,000 buah rumah dalam masa 5 tahun
atau 10 tahun.
Selepas memeriksa “Sales Gallery”
rumah mampu milik Bandar Cassia, beliau menyatakan bahawa pusat pameran telah
siap dibina dan memasuki tahap akhir. Pada masa kini, selepas kelulusan MPSP
dan juga pemeriksaan PBA, maka sijil penghunian akan dikeluarkan dalam masa
terdekat ini.
SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENDAPATKAN BORANG DI TINGKAT
3, KOMTAR
“Pihak kami akan menyiapkan semua
prosedur pada hujung bulan ini, selepas itu, kami akan menjemput Ketua Menteri
YAB Lim Guan Eng untuk upacara perasmian. Sesiapa yang berminat untuk memohon
rumah mampu milik ini, boleh hadir ke Tingkat 3, KOMTAR, Bahagian Perumahan
untuk mendapatkan borang permohonan.”
MENGGUNAKAN JAMBATAN KEDUA, 25 MINIT SAMPAI KE SEBERANG
PERAI
Perjalanan dari Pulau Pinang pergi
ke Batu Kawan adalah tidak jauh dengan menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim.
Perjalanan dari Bandar Bayan Baru ke Batu Kawan hanya memerlukan 25 minit
sahaja.
Semasa YB Wong Hon Wai membawa
pemberita pergi ke “Sales Galery”, beliau telah memaklumkan bahawa beliau juga
pertama kali menggunakan jambatan Sultan Abdul Halim ke Batu Kawan, beliau juga
telah mengira masa yang diambil dari Bandar Bayan Baru Kawasan Perindustrian
menuju ke Batu Kawan.
“Sekiranya tiada kesesatan lalu
lintas, jangka masa yang diambil dari Bandar Bayan Baru ke Batu Kawan hanya 25
minit sahaja. Ini adalah amat cepat dan
memudahkan seperti masa yang diambil oleh perjalanan dari Air Hitam ke Komtar.”
Beliau memaklumkan bahawa kebiasaannya,
dari Jambatan Pertama Pulau Pinang ke Batu Kawan perlu mengambil masa 45 minit,
manakala dari Jambatan Sultan Abdul Halim ke Batu Kawan hanya memerlukan
setengah dari masa tersebut. “Pada masa
dahulu, ramai orang menganggap Batu Kawan adalah sangat jauh, oleh yang
demikian, keinginan untuk membeli rumah di sana adalah tidak tinggi.”
Beliau percaya selepas Jambatan
Sultan Abdul Halim dibuka dan rancangan pembangunan komersil centre dan
perumahan, keinginan rakyat untuk membeli rumah akan meningkat. “Disebabkan pada masa kini, kebanyakan rumah dan unit
komersial masih belum siap dibina dan rakyat masih tidak dapat melihat gambar keseluruhan,
oleh yang demikian, adalah dipercayai bahawa dalam tempoh 1 hingga 2 tahun,
keinginan daripada rakyat untuk membeli rumah akan meningkat.”
Beliau percaya, kesesakan lalu
lintas di Jambatan Sultan Abdul Halim tidak akan serious dalam masa lima tahun
ini. Ini adalah kerana penggunaannya adalah lebih rendah berbanding dengan
jambatan pertama dan rancangan perumahan baru bermula sahaja. “Apabila pembangunan Batu Kawan telah stabil,
maka berkemungkinan kenderaan dari Pulau Pinang ke Batu Kawan akan meningkat.”
TERKUMPUL PELBAGAI UNSUR, AKAN BERTUKAR MENJADI BANDAR
RAYA BARU
Batu Kawan akan bertukar menjadi Bandar
yang terkumpul dengan tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar dan
kemudahan, sosial dan ‘eco’.
Pembangunan kini adalah merangkumi
pembinaan kilang Bose, Honda, Mal , VAT dan sebagainya. Pada masa depan, selain
daripada pembangunan industri, pembangunan industri sederhana kecil juga akan
membina kilang mereka di mana termasuk pembinaan IKEA, Universiti Hill, IPG, International
Garden & Golf Resort.
“Batu Kawan merupakan Bandar yang
paling berpotensi untuk dibangunkan pada masa sekarang, selain daripada
mempunyai kolej, kompleks membeli belah, kilang dan kemasukan Ikea. Dalam masa 5
tahun, Batu Kawan pasti akan membawa kepada
perubahan yang amat besar serta bertukar menjadi bandar yang berbeza.”
YB Wong Hon Wai memaklumkan bahawa
selepas penggunaan Jambatan Sultan Abdul Halim ditingkatkan, maka Batu Kawan
akan menjadi lebih maju dengan pembukaan Jambatan Sultan Abdul Halim. Kerajaan
Negeri juga merancang untuk menjadikan Bandar Cassia sebuah bandar baru seperti
penerokaan Bandar Bayan Baru pada masa dahulu dan berkembang secara
perlahan-lahan. “Sebelum ini, Bandar Bayan Baru juga merupakan kawasan padi,
pada masa itu rakyat yang hendak membeli rumah di situ juga tidak ramai, tetapi
sekarang harga rumah di kawasan tersebut telah dinaikkan.”
Beliau menyatakan bahawa Kerajaan Negeri
bukan sahaja membina rumah kepada rakyat, malah juga menyediakan peluang
pekerjaan, pada masa depan akan terdapat banyak perindustrian, institusi
pelajaran, unit komersil dan Ikea akan dibina di Batu Kawan. Ini akan membawa
banyak kemajuan di kawasan tersebut. “Pada masa sekarang, terdapat lebih kurang
3,000 hingga 4,000 pekerja kilang yang bekerja di kawasan tersebut, dalam masa 5
hingga 10 tahun, kawasan tersebut pasti akan lebih maju lagi.
RANCANGAN PERUMAHAN MAMPU MILIK
DIJANGKA SIAP DALAM MASA 5 HINGGA 10 TAHUN
Kawasan Batu Kawan merangkumi 6,700
ekar tanah dan PDC telah menggunakan 92% daripada jumlah tersebut atau 6,326
ekar pada tahun 1990. Sasaran Bandar Cassia adalah menjadi Bandaraya Ketiga selepas
Bandar Bayan Baru dan Bandar Seberang Jaya.
Cadangan dan rancangan Kerajaan
Negeri untuk membina rumah mampu milik di Bandar Cassia adalah bermula pada 23 Ogos
2011 dan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Perumahan Mampu Milik di Bandar Cassia adalah
di bawah tanggungjawab PDC Properties Sdn Bhd dan pecah tanah bagi Fasa 1 telah
dijalankan pada 16 Februari 2012. Kerajaan Negeri telah menawarkan 200 ekar
tanah bagi rancangan tersebut dan merancang untuk membina 11,800 buah rumah
mampu milik ‘leasehold’ di mana dijangka akan siap dalam tempoh 5 hingga 10
tahun.